Macam mana vaksin membantu mencegah penyakit? - part 2
Telah dinyatakan dalam entry sebelum ni apakah
kepentingan vaksin.
Siapa yang tak baca lagi boleh la baca di sini.
Dalam entri tersebut saya nyatakan vaksin ni berfungsi untuk mencegah penyakit...
MACAM MANA pulak?
macamni ... bila tubuh kita di vaksin atau proses yang
dinamakan VAKSINASI ...
virus dari vaksin tadi akan masuk ke tubuh
kita
sistem pertahan badan kita akan diaktifkan
dan
diberitahu bahawa berlakunya serangan atau jangkitan virus
sel-sel pertahanan badan akan mula bekerja menghasilkan
antibodi terhadap virus tersebut
Macam mana tu? Haaa tu kena buka entri lain la entri
imunologi huhu
Dalam sistem pertahanan badan kita ada memory cell...iaitu
T-cell dan B-cell
Tugas dia orang ni untuk simpan memori ..sesuai lah
dengan nama “memory cell”
memory sel ni akan simpan memory antibodi yang terhasil daripada vaksinasi tadi
Kira macam data storage la ... nak panggil acuan pun
boleh nak panggil templat pun boleh ....(haa tapi jangan guna term ni untuk jawap exam
plak)
Bila berlakunya jangkitan yang sebenar, memory sel ni akan diaktifkan
dan mereka akan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan atau serangan, dalam situasi ini sistem pertahaanan badan akan serta merta menghasilkan antibodi berdasarkam memori yang tersimpan.
Secara mudahnya apa yg belaku adalah .....
kita boleh la andaikan vaksinasi
tu sebagai “moke-up/fake/fraud/dummy infection kepada badan kita supaya, sistem
pertahanan badan kita menghasilkan antibodi terhadap penyakit itu. Dan memory
cell dalam badan kita akan "save” atau simpan data atau template/acuan antibodi
tu tadi untuk kegunaan di masa akan datang. Jadi apabila berlakunya jangkitan
sebenar berlaku, sistem pertahanan badan hanya perlu menghasilkan antibodi terhadap
virus tersebut, berdasarkan template yang tersimpan. Kira macam tinggal cetak je la, sebab acuan dah ada. Ini dapat menjimatkan masa
serta, sekaligus dapat mengawal serangan dengan lebih berkesan.
Disebabkan kebanyakkan penyakit yang perlu di vaksin merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya, serta sukar untuk dirawat malah ada di antara penyakit tersebut masih belum ada penawarnya, maka ingin saya tekankan di sini sesungguhnya VAKSIN adalah penting.
Keperluan VAKSINASI bukan sahaja penting untuk manusia tetapi juga haiwan, teutama mereka yang berisiko tinggi terhadap penyakit tersebut.
VAKSINASI tidak terhad untuk penyakit yang disebabkan Virus sahaja
Contohnya ;vaksin pelalian meningococcal Miningitis - penyakit radang saraf berpunca dari jangkitan bakteria
sesetengah penyakit, ia lambat menunjukkan tanda klinikal. Mungkin sewaktu kita menyedari tubuh dijangkiti virus, pada ketika itu kuman telah merebak ke seluruh badan.
tubuh badan kita tidak mengambil masa yang lama untuk bertindak balas dengan jangkitan serta ia dapat dikawal.
pastinya banyak lagi kelebihan vaksinasi..
Dalam konteks perubatan veterinar: sebab tu kucing yang telah vaksin berpotensi untuk sembuh berbanding kucing yang tidak vaksin.
Ulasan
Catat Ulasan