Apakah yang dimaksudkan dengan VAKSINASI - part 1
Seorang teman menanyakan saya apakah konsep vaksinasi
dan apakah kepentingannya.
Beliau bertanya kepada saya kerana saya seorang "Doktor" ... thanks dear .... walaupun saya seorang Vet atau Doktor Haiwan, terharu apabila ada yang menanyakan pendapat saya.
OK sebelum saya menulis lebih panjang, suka saya
katakan terlebih dahulu ... kepada Medical Doctor atau mana mana researcher ,
my sincere apology if i did explain wrongly , and feel free to correct me. I
will try to explain in simple word.
Now back to the question.
Pertama sekali apakah yang
dimaksudkan dengan VAKSINASI?
Baris pertama dari wikipedia ialah ; vaksinasi adalah
pemberian vaksin ke dalam tubuh seseorang untuk memberikan kekebalan terhadap
penyakit tersebut.
Dan apa pula yang dimaksudkan dengan VAKSIN?
Ringkasan ayat pertama dari wikipedia ialah ; Vaksin adalah bahan genetik bahan antigenik yang digunakan untuk menghasilkan kekebalan aktif
terhadap suatu penyakit sehingga dapat mencegah atau mengurangi pengaruh
infeksi
Maksud VAKSINASI dan VAKSIN menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
huhu belajar bahasa pulak, anyway sebelum memahami
konsep kita kena faham
definisi terlebih
dahulu, bak kata orang melayu tak kenal maka tak cinta.
Saya diminta memberi pendapat bagi penyataan di
bawah;
Apakah ia satu keperluan
Kesan sampingan vaksinasi
tiada jaminan 100% selepas divaksin
Kepada kawan saya.....
sorry beb ,,,,jawapan aku ni dah jadi macam cerpen la pulak panjang, sbb aku pikir alang-alang aku jawab soklan ko ni, baik aku tulis details sikit so leh jawab sekali soklan client aku gak
sorry beb ,,,,jawapan aku ni dah jadi macam cerpen la pulak panjang, sbb aku pikir alang-alang aku jawab soklan ko ni, baik aku tulis details sikit so leh jawab sekali soklan client aku gak
huhu 2 in 1 sambil menyelam minum air
and disebabkan aku takmo ko boring baca panjang2 aku pecahkan entry ni huhu dah jadi cam drama la ada sambungannya
Actually saya dah cuba nak jawab seringkas yang boleh tapi, benda ni agak kompleks untuk diringkaskan. takut ringkas sangat tak faham pulak
Sebelum saya memberi pendapat, saya ingin bercerita
sedikit tentang vaksin dan vaksinasi versi saya , menggunakan bahasa yang mudah
difaham.
Secara ringkas, vaksin adalah virus
yang telah dimatikan atau dilemahkan mengikut kaedah dan prosedur
tertentu.
Kebiasaannya vaksin dihasilkan bagi
- penyakit
berjangkit yang mengakibatan jangkitan yang teruk serta boleh membawa
kepada kematian
- penyakit
berjangkit yang yang tidak ada atau masih belum ada penawarnya
- penyakit
berjangkit yang teruk dan sukar dirawat
actually vaksin ni samalah macam antivirus yang kita
gunakan pada PC kita tu,
kenapa kita guna anti virus sebab kita nak elak dari PC kita dijangkiti virus
dan kalau dijangkiti virus, anti virus ni akan menghapuskan virus tersebut.
So vaksin ni fungsinya adalah mempertahankan sitem badan kita dari
dijangkiti penyakit.
Kalau nak tahu bagaimana ia berfungsi baca di sini
Jawapan atau pendapat saya bagi persoalan yang diajukan baca di sini
Ulasan
Catat Ulasan