Keperluan, kesan sampingan serta jaminan vaksinasi - part 3

Apa itu vaksin dan vaksinasi pun dah diterangkan di sini
Bagaimana ia berfungsi mempertahankan badan dari jangkitan pun dah diterangkan secara ringkas di sini
Kini tibala masanya saya memberi pendapat kepada 3 penyataan di bawah


Apakah ia satu keperluan
Kesan sampingan vaksinasi
Tiada jaminan 100% selepas divaksin

ini adalah pendapat saya berdasarkan pengetahuan dan pemahaman saya..wokey


APAKAH IA SATU KEPERLUAN?
YA , ia adalah satu keperluan.
apatah lagi bagi individu yang terdedah pada risiko jangkitan
bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati

Contoh, sekali lagi saya kaitkan dengan Anti-Virus PC

Cuba tanya kawan-kawan yang berpengalaman PC mereka diserang virus tatkala sedang menyiapkan assigment, dan PC mereka pula tiada antivirus. Apa perasaan mereka? dan apa pengajaran?

Jadi begitu jugalah keperluan dan kepentingan vaksin kepada tubuh badan sebagai langkah atau perisai untuk menghalang serta melawan penyakit.

KESAN SAMPINGAN VAKSINASI
Tidak dinafikan vaksin mempunyai kesan sampingan, ini antara risiko yang perlu kita ambil. TETAPI percentage (%) nya adalah rendah dan kesannya mungkin berbeza diantara individu

Sebelum sesuatu vaksin diluluskan untuk digunakan, pelbagai ujian telah dilakukan bagi memastikan ia selamat digunakan. Sedangkan ubat yang kita makan untuk mengubati panyakit pun terdapat kesan sampingan, inikan pula vaksin. Seperti yang diterangkan dalam entri sebelum ini, vaksinasi merupakan "fake infection" pastinya ia memberi kesan terhadap sistem pertahanan badan.

Antara kesan sampingan yang sering berlaku adalah demam! ini kerana sistem pertahanan badan kita sedang bertindak balas dengan "fake infection" yang terhasil.

dan kerana itulah SEMUA INDIVIDU yang ingin di VAKSIN perlu DALAM KEADAAN SIHAT. Bukan ketika mereka SAKIT atau TELAH DIJANGKITI.
Terdapat juga kesan sampingan lain seperti alahan pada kawasan suntikan atau lain-lain, ini bergantung kepada jenis vaksin dan individu. Kebiasaanya, menjadi rutin sebagai seorang pengamal perubatan Doktor akan memaklumkan kesan sampingan yang berlaku. Sekiranya ia berlaku sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

dan yang terakhir

TIADA JAMINAN 100% SELEPAS DI VAKSIN?
hurm..... soalan ni memang menarik untuk dijawab
malah saya sering berhadapan dengan situasi ini ... terutama apabila kucing sakit
statement yang akan keluar ... saya dak vaksin kucing saya
wokey....
pertama perlu faham, VAKSIN A hanya untuk penyakit yang disebabkan oleh VIRUS A SAHAJA
ia bukan untuk penyakit VIRUS B mahupun VIRUS A1 atau VIRUS a
jadi dengan memvaksin kucing anda dengan standard protocol yang biasa tu ia cuma cover 4 jenis virus yang terkandung dalam botol itu SAHAJA. Maaf yang human,vaksin kanak-kanak...saya tak aware
kedua semua vaksin dikeluarkan telah diuji keberkesanannya.
ke tiga virus atau kuman adalah microorganisma hidup, yang berpotensi untuk mutate / berubah, sedikit perubahan mungkin akan mengubah strain atau identiti mereka contohnya dari VIRUS A menjadi VIRUS A1, masih A tapi dah ada "1" dibelakang so dah berbeza, so antibodi A tadi dah tak kenal A1, kena hasilkan antibodi A1 untuk lawan serangan/jangkitan tersebut.
ke empat vaksin sahaja tidak cukup untuk melawan penyakit, badan yang sihat juga main peranan.


Rujuk carta yang saya buat ni, carta ni menunjukkan potensi untuk survive dari serangan penyakit.
Biru mewakili individu yang sihat dan dapat suntikan vaksin - paling tinggi  potensi untuk survive serangan
Ungu mewakili individu yang tak sihat dan tidak dapat suntikan vaksin - paling rendah potensi untuk survive
Merah mewakili individu yang tak sihat TAPI dapat suntikan vaksin, dan Hijau mewakili indivisu yang sihat TAPI tak dapat suntikan vaksin. Saya meletakan potensi merah untuk survive tinggi berbanding hijau kerana, merah mungkin sakit atau demam tapi ada ubat atau boleh dirawat, dan sekiranya dia diserang jangkitan badannya bersedia untuk hasilkan antibodi terhadap jangkitan itu. Tetapi hijau walaupun dia sihat sekiranya dia terkena serangan, sistem pertahanan badannya boleh terjejas, Ingat semula dalam entri yang ini, saya ada nyatakan dalam kes macam mana vaksin dihasilkan. Di mana kebiasaanya adalah penyakit yang merbahaya dan tiada penawarnya.

Kesimpulannya 
walaupun tiada jaminan 100% setelah divaksin, 
VAKSINASI ADALAH PENTING, mengapa kita perlu merisikokan diri untuk terdedah kepada bahaya hanya kerana tiada jaminan 100%
Bukankah kita berusaha dan selebinya Allah yang menentukannya, usaha dan tawakal

wokey harap membantu




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

Belajarlah walaupun sepotong ayat