Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isu semasa

BULI

Imej
Beberapa minggu lalu kita digemparkan dengan kes seorang pelajar yang dipukul oleh beberapa pelajar lain sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk. Kemudian berita ini di perhangatkan lagi dengan tersebarnya video yang menjadi viral, kononnya ia adalah rakaman kejadian tersebut. Kejadian dilaporkan berlaku di  MRSM Balik Pulau. Untuk pengetahuan anda video klip tersebut bukan berlaku di MRSM Balik Pulau, Presiden Bekas Pelajar MRSM Balik Pulau telah pun membuat satu laporan polis untuk menafikan fakta penyebaran video tersebut. Kejadian ini di kenali sebagai “buli”, di mana pelajar senior atau yang lebih kuat akan memukul pelajar yang lebih muda atau lemah. Bulu tidak hanya tertumpu dengan kegiatan lasak seperti “memukul” sahaja, malah mengarahkan seseorang secara paksa untuk melakukan sesuatu  yang tidak sepatutnya juga di kira “buli”, sebagai contoh membasuh baju pelajar senior, meniup lampu, mengira batu dijalanan, atau mungkin minum air rendaman baju. Kesan daripa...

Tidak salah, tapi ......

Saya bukan seorang yg a'lim, jauh sekali pandai agama, rasanya ilmu yg ada sangat nipis, lebih nipis dari sehelai tisu muka. Saya menulis bukan untuk menunjuk pandai, jauh sekali untuk memperbetulkan keadaan, tapi sekadar ingin meluahkan apa yg terbit dari hati saya sbgi seorang ISLAM. Sedih, luluh dan hiba apabila membaca coretan-coretan di media social, yg di update oleh saudara se ISLAM yg berbalah menegakkan fahaman masing-masing tentang hukum ALLAH. ISLAM itu mudah, lagi memudahkan bagi mereka yg benar benar mendalami ISLAM. Al Quran diturunkan sebagai panduan hidup umat ISLAM. Sy tidak mahu mempersoalkan HUKUM ALLAH, yg ingin saya persoalkan.....kenapa selepas ia berlaku baru ada pihak tertentu yg ingin mempersoalkan MOTIF acara tersebut dianjurkan?  Mengapa tidak SEBELUM ia dianjurkan? Atau sebelum diberikan kebenaran untuk dianjurkan? Kalau sudah tahu ia bakal mengundang kekeliruan atau syak kepada masyarakat bukankah lebih afdal TIDAK dibenarkan acara seperti itu! Sampa...