Tidak salah, tapi ......

Saya bukan seorang yg a'lim, jauh sekali pandai agama, rasanya ilmu yg ada sangat nipis, lebih nipis dari sehelai tisu muka.

Saya menulis bukan untuk menunjuk pandai, jauh sekali untuk memperbetulkan keadaan, tapi sekadar ingin meluahkan apa yg terbit dari hati saya sbgi seorang ISLAM. Sedih, luluh dan hiba apabila membaca coretan-coretan di media social, yg di update oleh saudara se ISLAM yg berbalah menegakkan fahaman masing-masing tentang hukum ALLAH.

ISLAM itu mudah, lagi memudahkan bagi mereka yg benar benar mendalami ISLAM.Al Quran diturunkan sebagai panduan hidup umat ISLAM.
Sy tidak mahu mempersoalkan HUKUM ALLAH, yg ingin saya persoalkan.....kenapa selepas ia berlaku baru ada pihak tertentu yg ingin mempersoalkan MOTIF acara tersebut dianjurkan? 
Mengapa tidak SEBELUM ia dianjurkan? Atau sebelum diberikan kebenaran untuk dianjurkan?
Kalau sudah tahu ia bakal mengundang kekeliruan atau syak kepada masyarakat bukankah lebih afdal TIDAK dibenarkan acara seperti itu!
Sampai bila Negara Malaysia ingin bersikap sedemikian?
Biarkan sesuatu berlaku kemudian baru persoalkan?
Bukankah kita sepatutnya mengkaji dan berbincang sebelum pelaksanaan dibuat?

Menyentuh sedikit dgn apa yg berlaku, sbgi Dr Veterinar, tidak dinafikan adakalanya saya kesal dan sedih dgn sikap segelintir umat ISLAM yang tidak memahami apakah yang dimaksudkan najis berat yang melibatkan anjing, sehingga adakalanya barang keperluan haiwan yg bergambar anjing pun tidak mahu dipegang kerana HARAM / NAJIS. 
Perlu faham apa yg "NAJIS" , najis antara kita dengan anjing apabila salah satu daripada 2 individu ini (sama ada manusia atau anjing) berkeadaan basah. Kalau keduanya berkeadaan kering TIDAK di kira najis. Dan bahagian yg terkena najis perlu disamak atau disucikan dengan membasuh bahagian yg terkena najis 7 kali dengan didahului 1 basuhan air tanah, diikuti 6 basuhan air mutlak. Sekurang-kurangnya itu yg saya faham dan pegang dari dahulu sehingga sekarang seperti yang diajarkan oleh Ustazah saya.

saya tidak meletakan mana-mana ayat quran / dalil / nas atau hadith kerana saya bukan ahlinya, saya cuma berkongsi apa yang saya faham. Sila rujuk pada para ustaz dan ustazah.

Secara tidak sengaja sy terbaca satu entry mengatakan org tidak nampak kebaikkan di sebalik penganjuran tersebut, menurut entry tersebut acara trsebut ada menunjukkan cara untuk bersamak(bersuci). Soalan sy pd penulis, kenapa selama hari ini tidak ada dalam silibus Pendidikan Islam di sekolah ke yg menerangkan cara untuk bersamak (bersuci)?
 
Seandainya yg ingin disampaikan adalah kepentingan bersamak, ada baiknya kita anjurkan kempen kesedaran menyucikan diri mengikut tatacara ISLAM atau mungkin kempen kesedaran pengertian hukum najis dari sudut pengertian ISLAM
Saya tidak pernah menghina ANJING (mahupun BABI), siapa saya untuk menghina sebaik-baik ciptaan ALLAH, kerana saya juga adalah makhluk ALLAH yang hina. Cuma telah dinyatakan oleh ALLAH bahawa haiwan ini didalam kategori najis.

Dalam ISLAM kita dinasihati atau digalakkan menjauhi perkara yang tidak baik, yg menimbulkan syak, mendatangkan mudarat dan dosa. Dan kerana itulah motif penganjurannya dipersoal. Ya betul, tidak salah memegang anjing tetapi hukumnya jatuh kepada najis berat dimana kita perlu bersuci mengikut kaedah yg telah ditetapkan. Jadi mengapa pula perlu dianjurkan kempen memegang najis?

Sebagai contoh;
Kita tahu air kencing najis, kalau kena baju , baju tersebut perlu dibersihkan/disucikan terlebih dahulu sebelum boleh pakai. Secara logiknya nak ke kita saja kencing kat baju kita?
Kita tahu kalau terpijak paku sakit, tapi nanti lukanya boleh sembuh, jadi adakah kita sengaja nak pijak paku?

Jangan mudah mengatakan insan-insan yg tidak bersetuju dgn penganjuran tersebut SEBAGAI tidak nampak kebaikan yg dilakukan dlm acara trsebut (seperti mengajar cara bersamak) , dikhuatiri anda yg tidak nampak apa yg mereka nampak.
 
والله أعلمُ بالـصـواب

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

aku masih di sini