BAHASA AL QURAN... BAHASA YANG INDAH DAN SEMPURNA


MashaAllah .. Subhanallah 

SesungguhNya Al Quran adalah bahasa yang terindah dan sempurna di muka bumi ini.
Mungkin bagi mereka yg tahu, fasih dan mahir serta menguasai bahasa Arab, apa yg bakal sy tulis ni adalah perkara biasa. Tahniah dan syabas saya ucapkan

Tapi bagi saya yang baru merangkak, dan baru mula mengenali Bahasa Arab ini, ingin saya luahkan perasaan kagum, takjub dan terpesona dengan keindahan serta kesempurnaan bahasa ARAB

Sesungguhnya , telah lama saya menyimpan hasrat untuk mempelajari bahasa ARAB,
rasa ralat tidak memasuki sekolah Agama atau mempelajarinya dari kecil. 
Tapi pepatah English ada mengatakan BETTER LATE THAN NEVER,
ditambah pula peluang menjejakkan kaki ke bumi Makkah pada 2010,
membuatkan saya ingin dan nekad untuk mempelajari bahasa AL QURAN ini

Di sebabkan kekangan masa, hanya pada 2012 saya berjaya mengikuti kelas pengajian Bahasa Arab.
Kelas Bahasa ARAB yang saya ikuti ialah kelas kelolaan Ust Rusdi Alias di Masjid sek 19,
sering mendengar slot beliau Hayya Bil Arabiah di radio IKIM menyebabkan saya tertarik untuk menyertai kelas tersebut. Namun pengajian saya cuma bertahan selama 2bulan, kemudian saya terpaksa menangguhkan pengajian disebabkan tuntutan kerja dan komitmen lain.

Namun pada tahun ini, lafaz syukur kehadrat Ilahi kerana sekali lagi saya berpeluang untuk mengikuti kelas pengajian Ustaz Rusdi. Kebetulan beliau membuka pengambilan baru pada bulan Januari 2014, dan kelas di adakan di OUM Shah Alam. Alhamdulillah jaraknya lebih dekat berbanding sek 19.

Alhamdulillah selepashampir 9 bulan kini saya telah menamatkan pengajian pertama iaitu 
CARA MUDAH MENGUASAI BAHASA ALQURAN menerusi KAEDAH PUSAR.
Dan kini meneruskan pengajian BAHASA ARAB KOMUNIKASI & TERJEMAHAN SURAH PILIHAN.
 Pengajian beliau lebih berasaskan terjemahan AlQuran, doa, wirid dan bacaan di dalam solat, ini memberi lebih pengertian, kerana itu saya tidak kisah walaupun saya masih belum boleh berkomunikasi dalam bahasa ARAB.  

Sebelum ini saya sering menyangka Bahasa English itu susah, terutamanya "GRAMMAR".
Saya rasa ramai yang setuju, rata-rata tidak yakin dengan penulisan bahasa english kerana risau tentang kesalahan grammar, termasuklah saya sendiri.
Sering kita beranggagpan kalau fasih berbahasa english, kira individu tersebut hebat,
apatah lagi kalau boleh dan mahir menulis didalam bahasa english pastinya lebih hebat
manakan tidak, mananya yang past, present and future.. ditambah lagi dengan singular and pluaral
pendek kata hebatlah.

Kebetulan pada masa yang sama saya turut mengikuti kelas 
Kemahiran Membaca AlQuran di UM,
dan ketika itu saya disedarkan betapa hebatnya huruf-huruf didalam ALQURAN.
Ini disebakan setiap huruf hijaiyah itu memainkan peranan penting dan perlu disebut dengan makhraj atau sebutan yang betul. Ini kerana sebutan yang salah boleh mengubah maksud perkataan tersebut.
Bukan sahaja huruf, malah baris dan titik nya juga memainkan peranan yang besar.

Menggabungkan pengajian Bahasa Arab & Kemahiran Al Quran yang saya ikuti, 
kini saya semakin sedar dan yakin bahawa BAHASA ARAB adalah yang terhebat 
 Bukan sahaja BAHASA ARAB mempunyai grammar past,present,future,singular or plural ...
Malah BAHASA ARAB lebih ia lebih lagi , di mana setiap huruf dan baris mempunyai peranan dan hujahnya yg tersendiri... sesungguhnya Bahasa ARAB adalah bahasa yang pertama di muka bumi ini'
dan ia juga adalah Bahasa Al QURAN 

Dari baris sudah boleh diketahui adakah ia merujuk kepada lelaki atau perempuan
Jangan kan baris malah tersalah titik pun boleh merubah maksud

MashaAllah sungguh hebat bahasa Quran
Syukur kehadrat Illahi walaupun agak lambat tapi sy diberi kesempatan utk mmpelajari bahasa yg indah ini
Semoga Allah memberikan terang hati dan istiqomah kepada sy untuk terus mempelajari dan mendalami keindahan bahasa Al Quran ini .. InshaAllah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

Belajarlah walaupun sepotong ayat