Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kesan buli

BULI

Imej
Beberapa minggu lalu kita digemparkan dengan kes seorang pelajar yang dipukul oleh beberapa pelajar lain sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk. Kemudian berita ini di perhangatkan lagi dengan tersebarnya video yang menjadi viral, kononnya ia adalah rakaman kejadian tersebut. Kejadian dilaporkan berlaku di  MRSM Balik Pulau. Untuk pengetahuan anda video klip tersebut bukan berlaku di MRSM Balik Pulau, Presiden Bekas Pelajar MRSM Balik Pulau telah pun membuat satu laporan polis untuk menafikan fakta penyebaran video tersebut. Kejadian ini di kenali sebagai “buli”, di mana pelajar senior atau yang lebih kuat akan memukul pelajar yang lebih muda atau lemah. Bulu tidak hanya tertumpu dengan kegiatan lasak seperti “memukul” sahaja, malah mengarahkan seseorang secara paksa untuk melakukan sesuatu  yang tidak sepatutnya juga di kira “buli”, sebagai contoh membasuh baju pelajar senior, meniup lampu, mengira batu dijalanan, atau mungkin minum air rendaman baju. Kesan daripa...