Dari mengeluh baik cari penyelesaian
10/7/2015
#sayalynn dan #sayabukanzara
Saya pun tak kenal siapa zara
(Maaf terpetik pulak nama dia)
#throwback
#mengimbaukembali
Sy graduate pada usia 24tahun
Lambat habis .....
pengajian 5tahun + Matriks 1tahum
Pemegang Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dr universiti tempatan UPM
Tamat pengajian matlamat saya untuk mendapatkan kerja
Saya tak pulak ambil pusing gaji besar ke tidak
Dapat kerja tu kira dah bersyukur sangat .... Yelah dari menganggur kan
Kerja pertama saya di Melaka - ladang ayam
Untuk memudahkan pergerakan dlm ladang bos bg pinjam Honda Cup 70
Nk keluar tunggu mak ayah amik
Tapi sy tak kisah saya bersyukur sekurang2nya ada juga transport
Disebabkan minat untuk bekerja di klinik, dan mmg dah rezeki saya akhirnya dpt juga kerja diShah Alam ...
Sy menyewa bilik di TTDI Jaya
Time tu masterbedroom RM450
Syukur dapat tuan rumah yg bertimbang rasa- sy nk duk sorang jd dia kurangkan seratus.
Wlupun ada "Dr" kat depan sy tak kisah pun g kerja naik Honda EX5
Sampai staff di tempat kerja gelar sy anak penoreh getah
Tapi sy tak kisah pun
Dalam masa yg sama saya juga terbeban dengan pinjamam PTPTN
Dan juga mampu menyimpan dan menabung untuk buat sebahagian modal perniagaan
Kalau awak nak kata dulu semua barang TAK SEMAHAL sekarang
Saya boleh kata dulu gaji TAK SEBESAR sekarang
Sebenarnya selepas graduate semua graduan mengalami perkara yg sama
Tidak dinafikan ada yg bertuah kerana tidak perlu melalui keperitan seperti org lain.
Namun ada juga teman2 yg buat 2 kerja dalam satu masa untuk menampung hidup di ibukota
Siang jadi jurutera , pengurus malam part time di cafe ataupun restauran
10/7/2015
Tapi itu bukanlah alasan untuk mengeluh dan "complain"
Adalah lebih baik untuk muhasabah diri dan yg paling penting bersyukur dengan apa yg diperolehi
Ini kerana kalau anda rasa anda kekurangan dan tidak bernasib baik....: ingatlah sesungguhnya masih ada mereka yg lebih kekurangannya dan lebih tidak bernasib baik.
Saya juga melalui perkara yg sama,
Andai dibenarkan sy memberi saranan atau nasihat pada adik adik yg bakal habis belajar ataupun yg sedang mencari pekerjaan
Nawaitu kita biar betul....
Belajar hingga dapat ijazah kerana Allah untuk dapat ilmu agar dapat di manfaatkan
BUKAN untuk dapat gaji besar
Cari kerja kerana Allah, untuk dapat rezeki agar dapat bantu diri serta keluarga
BUKAN untuk gaji besar
Ijazah bukan tiket untuk seseorg memperolehi kerjaya yg hebat serta gaji yang besar
Dan gaji yg besar tidak menjamin seseorg untuk hidup senang
Mungkin saya silap
Ini sekadar pandangan saya saja
Terima kash buat ibubapa saya
original post
Ulasan
Catat Ulasan