Saya Sedar Siapa Saya

Cerita 1

Saya sedar siapa saya.....
Saya bukanlah seorang insan yang baik serba serbi.... jauh sekali untuk mengaku diri ini sempurna

Sebagai manusia saya ingin menjadi yang lebih baik, oleh itu saya sering berusaha memperbaiki diri sendiri, serta membuka ruang untuk orang mengajar dan menegur saya, saya juga sering bertanya seandainya ada yang tidak kena

Saya sedar siapa saya......Saya bukanlah seorang yang sempurna tingkah laku.... saya sering melakukan kesalahan
Seandainya saya tersedar akan kesalahan saya, kemaafan yang akan di pinta.....
Seandainya saya ditegur saya terima, walaupun adakalanya saya tidak nampak di mana kesalahannya

Dan saya akan berusaha untuk memp[erbetulkan kesalahan saya serta berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.
Namun saya tetap manusia biasa yang tidak terlepas dengan kemarahan dan kealpaan

Namun ada segelintir diantara kita yang langsung tidak boleh ditegur
Ada juga yang menganggap teguran itu adalah sesuatu yang sangat negatif
Ada yang terus terasa hati dengan tegurang yang tidak seberapa
Tidak kurang pula yang menjawab dan memberi 1001 alasan untuk membuktikan dia betul

Hakikatnya teguran hanyalah pandangan daripada orang lain terhadap apa yang kita lakukan
Dan kebiasaannya ia lahir apabila apa yang kita lakukan adalah berbeza dari apa yang sepatutnya

Tidak semua teguran itu bersifat negatif , malah kebanyakkannya bersifat positif 
Terpulanglah dari sudut apa kita ingin menerimanya

Jadi rugilah bagi mereka yang ditegur dengan sewajarnya tetapi tidak mahu mengambil ikhtibar dari teguran itu.
Lebih rugi apabila mereka tidak sedar atau tidak mahu mengaku akan kesilapan diri
Dan terus yakin bahawa mereka betul dan tiada kesilapan

Cerita 2


Saya sedar siapa saya .....
Saya bukanlah dari golongan yang senang
Saya juga sedar yang saya bukan dari keluarga yang mewah 

Untuk menyara kehidupan saya perlu bekerja
Untuk menikmati kehidupan yang selesa saya perlu bekerja
Untuk menyara kehidupan serta membantu keluarga saya perlu bekerja

Untunglah bagi mereka yang bekerja adalah "pilihan baginya"
Di mana jika tidak bekerja ada ibu bapa yang mampu menyara kehidupannya
Sekiranya ingin sesuatu pinta sahaja pada mereka pasti mereka sediakan
Persoalannya sampai bila?
Sedangkan Rasulullah juga bekerja malah baginda adalah usahawan yg terkenal dan berjaya.
Baginda tidak meminta

Untuk mereka yang sering bangga menlafazkan "aku kalau tak kerja pun mak bapak aku mampu tanggung aku?"
Sedarlah ....sebenarnya anda sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri.

Saya sedar siapa saya.......
Saya bukanlah insan hebat dan berbakat jauh sekali untuk dikatakan terkenal
Saya juga tidak mempunyai kepakaran dalam apa apa bidang
Tidaklah sehebat segelintir individu yang ditawarkan gaji ribuan ringgit

Dan bekerja hanya mengikut tahap kelulusan dan jawatan yang di sandang

Sering terdengar suara suara sumbang...
Saya dulu belajar diploma bukan untuk mop lantai 

Saya dulu ambil sijil bukan untuk jawab telefon
saya dulu ambil degree bukan untuk sapu atau buang sampah
Saya dulu jadi doktor bukan untuk basuh termometer
tidak kurang juga .....
Eh aku kat sini part time sahaja
Eh aku kerja sampai kul 5 je
Eh aku pegawai kenapa aku nak tunggu pulak

Saya sendiri pernah bekerja lebih dari apa yang  dibayar
Kerja lewat petang
Balik sehingga 11 - 12 malam
Saya juga pernah melakukan kerja2 yang tidak sepatutnya saya lakukan
Cuci kandang, mop lantai , cuci reban , tangkap ayam
Sikit pun saya tak rasa kurang atau rendah
Merungut jauh sekali

Malah saya sering berusaha untuk melakukan sesuatu yang dapat menambah baik syarikat
Tapi saya lakukan itu semua dengan ikhlas untuk kemudahan bersama
Tidak langsung mngharapkan "kredit"/pujian jauh sekali upah

Saya sedar saya bukanlah pekerja yang baik
Saya juga sering merungut dan mengeluh

Tapi seburuk manapun  majikan saya ..... 
seingat saya ......saya tidak pernah mengeluh jauh sekali merungut di hadapan boss saya,
apatah lagi untuk mengeluh perihal kerja
mungkin segelintir orang akan kata saya bodoh
tapi saya tetap dengan pendirian saya......dia adalah majikan saya
Saya hormat dia, selagi apa yang disuruh tidak melanggar hukum Allah saya akan lakukan
Saya hormat dia kerana dia yang membayar gaji saya

Apapun dia tetap majikan
Rezeki datang dari Allah, tetapi ia disalurkan kepada saya menerusi majikan saya
Walaupun majikan saya tidak sempurna, atau mungkin membuat saya terasa
saya tetap menjalankan tanggung jawab saya sebaik mungkin
kerana itu tanggungjawab itu adalah amanah kepada saya
Bagi saya sekiranya saya, gagal melaksanakannya dengan baik maka tidak berkatlah gaji yg sy terima 


Hubungan majikan dengan pekerja sama juga seperti guru dengan murid 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

aku masih di sini