aku masih di sini


aku masih di sini
mencari erti kehidupan
menyusun langkah demi langkah
untuk masa depan yang tak pasti

aku masih di sini
sedangakan rakan rakan ku
asyik mengatur langkah demi langkah
untuk mencapai kejayaan yang dihajati

aku masih di sini
menanti suatu bisikan
untuk menyemarakkan semangat ku
yang hampir terpadam keranamu

aku masih di sini
sedangkan dirimu disana
terbujur kaku diperbaringan
menanti saat untuk dikuburkan

aku masih di sini
namun sekadar jasadku sahaja
semangatku turut serta bersamamu

yang pasti aku harus bangun
bangun dari khayalan ini
meneruskan sisa kehidupan ini
walaupun engkau tiada disisi

engkau telah pergi
pergi menemui penciptamu
ajal mu telah sampai
yang pasti aku masih di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SME calls

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU -ORIGINAL VERSION

pinjaman PTPTN