aku masih di sini
aku masih di sini mencari erti kehidupan menyusun langkah demi langkah untuk masa depan yang tak pasti aku masih di sini sedangakan rakan rakan ku asyik mengatur langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan yang dihajati aku masih di sini menanti suatu bisikan untuk menyemarakkan semangat ku yang hampir terpadam keranamu aku masih di sini sedangkan dirimu disana terbujur kaku diperbaringan menanti saat untuk dikuburkan aku masih di sini namun sekadar jasadku sahaja semangatku turut serta bersamamu yang pasti aku harus bangun bangun dari khayalan ini meneruskan sisa kehidupan ini walaupun engkau tiada disisi engkau telah pergi pergi menemui penciptamu ajal mu telah sampai yang pasti aku masih di sini