Catatan

aku masih di sini

aku masih di sini mencari erti kehidupan menyusun langkah demi langkah untuk masa depan yang tak pasti aku masih di sini sedangakan rakan rakan ku asyik mengatur langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan yang dihajati aku masih di sini menanti suatu bisikan untuk menyemarakkan semangat ku yang hampir terpadam keranamu aku masih di sini sedangkan dirimu disana terbujur kaku diperbaringan menanti saat untuk dikuburkan aku masih di sini namun sekadar jasadku sahaja semangatku turut serta bersamamu yang pasti aku harus bangun bangun dari khayalan ini meneruskan sisa kehidupan ini walaupun engkau tiada disisi engkau telah pergi pergi menemui penciptamu ajal mu telah sampai yang pasti aku masih di sini

aku masih tidak mengerti

aku masih tidak mengerti tentang kehidupan ini adakalanya gembira adakala duka datang bertandang aku masih tidak mengerti tentang erti persahabatan adakalanya terasa diperlukan adakalanya terasa diri disisihkan aku masih tidak mengerti tentang erti kejujuran yang sebenar adakalanya ia lahir dari hati yang ikhlas adakalanya ia sekadar untuk dipermainkan aku masih tidak mengerti tentang erti kata kata mereka adakalanya aku dipuja dan dipuji adakalanya aku di caci dan dihina aku masih tidak menegerti tentang erti semua ini adakalanya aku temui jawapanya adakalanya aku hilang arah untuk mengerti akan segalanya

.......cebisan rasa

Entahlah aku tidak tahu mana silapnya... Kenapa aku terasa diri ini dipinggirkan... Selepas malam itu... Paginya sungguh indah... Kusangka cerianya hingga ke petang... Namun sangkaan ku meleset... Adakah ini realiti kehidupan... Selepas cinta termetri di malam hari? Adakah ini realiti alam perkahwinan? Tiada lagi gelak mesra... Tiada lagi ungkapan manis penyedap hati... Ungkapan memuji aku bagaikan bidadari yg turun dari langit... Tiada lagi gurauan senda... Cumbu cumbuan yang menaikkan rasa berahi... Aku keliru... Aku bingung... Adakah ini yang dinamakan cinta? Adakah ini yang dinamakan kasih? Kenapa segala keindahan dan kebahagian semasa mula mula itu tidak berpanjangan? Kenapa segala ayat mengayat hilang begitu sahaja? Perlukah ia berakhir selepas malam pertama? Adakah yang tinggal hanya sekadar kenangan? Adakah yang tinggal hanyala komitmen dan tanggungjawab? Sayang... Sesungguhnya aku bingung... Bingung dgn apa yg kulalui... Hati ini begitu rindu denganmu... Telinga ku rindu dgn g...

mampukah aku

insan kerdil yang tak punya apa... Mahu berjalan beriringan dengannya... Dia lelaki hebat... Senyumannya mampu membuat hatiku tenang... Gurau sendanya mampu membuatku tersenyum... Kata-katanya mampu membuatku kembali bersemangat... Nasihatnya mampu menyedarkan diriku yang alpa... Layakkah aku... Untuk aku berjalan seiringan dengannya... Sedangkan wajahku tidak setenang air di kali... Untuk aku bergurau dan bermanja dengannya... Sedangkan aku kaku bagaikan tembok berlin... Untuk aku berbicara dengannya... Sedangkan aku begitu sugul tak bererti... Untuk aku untuk menerima nasihatnya.... Sedangkan aku degil bagai mencurah air ke daun keladi... Mampukah aku... Mengisi kekosongan sepi hati seorang perindu... Memberikan kebahagian kepada hati seorang lelaki yang sayu... Demi sebuah ikatan... Akanku berusaha untuk mengisi kekosongan hatinya... Akanku limpahkan kasih sayang ku kepadanya... Akanku semai benih kemesraan dalam perhubungan... Akanku sulami gurau senda demi kebahagiaannya... Nam...

begitu pantas

begitu pantas begitu pantas kau menyatakannya aku masih ingat lagi ketika dan saat itu dengan sahaja kau mengutarakan isi hati yang terpendam padaku begitu pantas begitu pantas kau menyuarakan masih segar dalam ingatan bait bait kata yang terungkap menjelaskan isi hati mu begitu pantas begitu pantas kau menyelami hatimu masih terasa keikhlasan yang kau hulurkan keakraban dan gelak senda tawa mu menandakan persafahaman antara kita aku begitu bahagia walau jauh di sudut hati ku aku begitu trauma dan phobia trauma ia hanya la sementara phobia ia hanya sebentar cuma aku begitu yakin dengan keikhlasan yang terpancar ditambah kata kata jujur itu aku padam keraguan ku aku lenyapkan was was ku namun kini...... belum pun sepurnama aku berlalu pergi belum pun kering talam yang ku tinggalkan belum pun bercambah benih yang kusemai belum pun basah bumi di timpa hujan begitu pantas kau berubah... seakan tiada apa yang berlaku seakan tiada apa yang diungkapkan seakan tiada apa yang termetrai begit...