Gaji tak cukup
Selalu terbaca kat facebook atau mana2 lah Iklan atau statement yg berbunyi lebih kurang macam ni "gaji RM2000 sebulan tak cukup? Ingin lebih sertai kami - anda akan dapat 3-4k sebulan" Sejauh mana kebenaran ayat tersebut? Adakah benar sekiranya gaji yang kita terima sekarang RM2000 tidak cukup, dengan mendapat gaji RM3000 ia akan cukup. Anda pasti? Ditambah pula dgn statement mudah hanya perlu sertai kami atau mungkin hanya perlu 2-3jam sehari atau hanya dgn facebook atau berada dirumah didepan PC dan sebagainya.. Waaahhh mudah sungguh tp kenapa agaknya pejabat2 masih lagi di penuhi oleh mereka bekerja? Secara sedar atau tidak iklan/statement ini memberi gambaran betapa mudahnya untuk dapat duit, inilah yg kita sogok pada generasi muda jadi tidak salah kalau mereka beranggapan mudah dapat duit duduk rumah je boleh dapat 2-3ribu Tidak dinafikan kini ramai usahawan internet yg menjana income ribuan malah mungkin puluhan ribu.. Tapi mereka juga berkerja dan berusaha ke arah it...