Senyum itu Sedeqah

11/9/2015

As salam & good morning
Salam jumaat semua
Mereka yg beriman sering berkata
Kunci kejayaan dan murah rezeki adalah bersedekah kerana Allah telah menjanjikan ganjaran rezeki pada mereka yg bersedekah 
Tambah mereka lagi jangan tunggu kaya baru nak sedekah
Ertinya di sini nak kaya rajinlah bersedekah
Kalau nak tunggu kaya baru nak sedekah
Alamat tak kaya la kan smile emoticon
Kira macam kenalah keluar modal dulu baru dapat pulangan
Kalau tak keluar modal camne nak untung
Ni kata orang bisness la smile emoticon
Apapun pandangannya
Yang penting nawaitu kita
Ikhlas kerana Allah
Sebenarnya tak perlu nak sedekah dengan jumlah yang banyak
Cukup sekadar apa yang kita mampu
Tak perlu belanja office mate makan tengah hari kalau tak mampu cukup sekadar segelas air buat legakan kehausan atau sebiji gula gula untuk melegakan tekak
Tak perlu kutip semua kucing jalanan yang kita jumpa kalau tak mampu nak jaga di mana kemudian hari akan mendatangkan masalah cukup sekadar memberikan makanan kepada mereka
Kalau tak mampu juga
Berilah senyuman mungkin dengan senyuman anda dapat meringankan kekusutan di minda teman anda


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

Belajarlah walaupun sepotong ayat