Tuesday, November 11, 2014

BULI

Posted by Lynn Yamin at 11:11 PM
Beberapa minggu lalu kita digemparkan dengan kes seorang pelajar yang dipukul oleh beberapa pelajar lain sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk. Kemudian berita ini di perhangatkan lagi dengan tersebarnya video yang menjadi viral, kononnya ia adalah rakaman kejadian tersebut.
Kejadian dilaporkan berlaku di  MRSM Balik Pulau.

Untuk pengetahuan anda video klip tersebut bukan berlaku di MRSM Balik Pulau, Presiden Bekas Pelajar MRSM Balik Pulau telah pun membuat satu laporan polis untuk menafikan fakta penyebaran video tersebut.

Kejadian ini di kenali sebagai “buli”, di mana pelajar senior atau yang lebih kuat akan memukul pelajar yang lebih muda atau lemah. Bulu tidak hanya tertumpu dengan kegiatan lasak seperti “memukul” sahaja, malah mengarahkan seseorang secara paksa untuk melakukan sesuatu  yang tidak sepatutnya juga di kira “buli”, sebagai contoh membasuh baju pelajar senior, meniup lampu, mengira batu dijalanan, atau mungkin minum air rendaman baju.

Kesan daripada kejadian buli ini bergantung sejauh mana tahap buli tersebut dan sejauh mana penerimaan mangsa buli. Adakalanya buli boleh meninggalkan kenangan manis yang bakal diceritakan kepada anak-anak, apabila mengenang nostalgia semasa kecil. Dan buli juga boleh menyebabkan seseorang itu bangun dan berazam untuk tidak menjadi mangsa buli lagi. Itu kesan positifm tapi bagaimana kalau ia meninggalkan kesan negatif seperti kemurungan, kurang kepercayaan diri dan lebih teruk meninggalkan trauma kepada mangsa buli.


Sewaktu kejadian ini sedang hangat diperkatakan ramai yang menyalahkan pihak sekolah yang terlibat, malah tidak kurang yang melontarkan tomahan kepada pengetua. Saya terbaca satu komen “tu lah saya tak hantar anak saya ke MRSM, sebab ada anasir negatif”.  Begitu mudah manusia merumuskan sesuatu hanya dengan satu kejadian, lupakah anda ANGKASAWAN MALAYSIA yang pertama juga pelajar MRSM.  Malah banyak lagi tokoh-tokoh yang berjaya, yang berbakti kepada Negara & Masyarakat  merupakan pelajar MRSM , artis yang popular Neelofa juga pelajar MRSM. Kata-kata itu turut mnguris perasaan saya, selaku bekas pelajar MRSM, apatah lagi saya merupakan bekas pelajar MRSM Balik Pulau SPM 97.

Ketahuilah kejadian BULI bukan hanya berlaku di sekolah berasrama, ia juga berlaku di sekolah harian. Malah BULI boleh berlaku di mana sahaja, di tempat kerja; staff baru di arahkan membuat salinan dokumen berpuluh-puluh salinan walaupun sebenarnya itu bukan tugas dia, di rumah; abang atau kakak membuli adik, di jalan raya, atau mungkin di antara majikan. Malah kucing juga turut jadi mangsa buli manusia yang tidak bertanggungjawab!

Sebagai seorang yang pernah belajar di sekolah ASRAMA, Alhamdulillah saya bersyukur saya tidak pernah dibuli jauh sekali membuli. Sesungguhnya saya tidak faham kenapa orang suka membuli, dan lebih mengelirukan apabila mereka mengatakan membuli memberi mereka satu kepuasan.

Sebagai ISLAM kita percaya pada dosa dan pahala, membuli atau mengkasari orang sudah pastilah ia berdosa.  ALLAH juga menyatakan setiap yang kita lakukan pasti ada balasanya, harini anda buli orang anda rasa puas, bagaimana pula jika suatu hari nanti kalau anak atau keluarga anda dibuli? Adakah anda akan rasa puas?

Mangsa buli biasanya akan trauma dan berdendam, dan mencari kesempatan untuk membalasnya pada orang lain. Jika itu berlaku, maka akan ada mangsa buli baru, yang bakal mencari peluang untuk membuli. Kitaran ini akan berterusan. Untuk menghindarkan kejadian ini berlaku, kita perlu menghentikannya. Bagaimana? Menurut kajian mereka yang suka membuli biasanya kurang kasih sayang dan inginkan perhatian, perbuatan membuli adalah cara mereka menarik perhatian orang kepada mereka.  Oleh itu jom kita sama-sama semaikan kasih sayang dan curahkan perhatian kepada mereka disekeliling kita untuk hindarkan perkara buli. Innshaallah.



0 comments:

Post a Comment

 

double why Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review