Gerhana Bulan 2014

hi guys..

Dari semalam orang sibuk berkata tentang GERHANA BULAN tambah pelik juga ....apabila saya mendapat satu mesej yang mengatakan "umat ISLAM digalakkan berzikir, bersedekah dan mendirikan solat sunat" terdetik di hati apa pula keistimewaan gerhana bula kali ini?

gambar di ambil dari www.mutoha.blogspot.com klik pada gambar untuk info lanjut 

Sebelum ni tak pernah dengar pun orang kecoh kecoh
mungkin sebelum ni tiada kecanggihan teknologi, kalau ada pun amatlah terhad
mungkin juga dulu tiada komunikasi canggih, sekarang penyebaran maklumat begitu pantas kalau tak "foward" org akan COPY N PASTE

Bagi mereka yang tak tahu apa itu Gerhana Bulan, haa boleh klik kat sini takpun u google je la GERHANA BULAN

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, seperti biasa saya mendengar Radio IKIM.fm.. topik yang dibincang pun berkaitan Gerhana Bulan..mmm menarik. Temubual tersebuat diantara DJ radio (Sdr Pian & Sdri Yati) bersama Pegawai Bahg Ilmu Falak dari Jab Mufti Johor (Lupa pulak nama beliau). Selesai mendengar slot tersebut terasa diri ini amat jahil.... اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ  i

Antara intipati yang ingin dikongsikan bersama pembaca , terutama mereka yg tak tahu macam saya. Mengikut perkiraan dan berdasarkan ilmu ahli falak, gerhana bulan akan berlaku pada hari ini iaitu 6 Oktober 2014, bersamaan hari Rabu.

Sehubungan dengan itu umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir, bersedekah dan mendirikan solat sunat gerhana. Malah masjid-masjid dan surau-surau digalakkan menganjurkan/melakukan solat sunat secara berjemaah.... menarik kan apa keistimewaannya ?

Sesungguhnya (maaf saya tak ingat firman atau hadis yang di baca oleh beliau) kejadian gerhana bulan adalah bagi mengingatkan umat Islam akan hari kiamat. Gerhana bulan yang berlaku adalah seakan raptai berlakunya hari kiamat. سُبْحَانَ اللّهُ Subhanallah....

ini ada diterangkan dalam Surah Al-Qiyama (Surah 75) ayat 6-9 ..
Ayat 6...Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
Ayat 7...Maka (dijawabnya:hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Ayat 8...Dan bulan hilang cahayanya
Ayat 9...Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama

gambar ini di ambil dari www.falaksyarie.blogspot.com
klik pada gambar untuk info lanjut
Kerana itulah umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, bersedekah dan mendirikan solat sunat. Manalah tahu ia benar-benar permulaan bagi berlakunya hari kiamat. Rasa kerdil bila dengar apa yang di katakan,

Solat sunat gerhana atau Solat Sunat Khusuf 

dilakukan selepas berlakunya gerhana, BUKAN sebelum. Cara melakukan adalah sama seperti Solat Sunat yang lain, iaitu 2 rakaat.
Tetapi setiap rakaat 2 kali ruko'... erk cam mana tu
 maksudnya begini... lepas AlFatihah, baca surah, pastu kita ruko'(yg pertama) pastu iktidal, baca AlFatihah (kedua), diikuti dengan bacaan surah pastu ruko' (yg kedua) ..pastu baru sujud

Nak tahu lebih details boleh rujuk di sini 

Rasanya itu sahaja perkongsian saya pada hari ini :)







Selesantipati yang ingin dikongsikan bersama, terutama mereka yang sama kurang ilmu seperti saya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

aku masih di sini